Bilik Mandi SEGAR & CANTIK

Seorang teman bercerita , bilik mandinya dihiasi pelbagai perhiasan menarik. Sebelum berpindah ke rumah sekarang, dia sudah merancang mempunyai tema bilik mandi bertema santai. Justeru, jubin berkilat warna terang dipilih melatari lantai dan dinding. Baginya, memiliki bilik mandi yang cantik bukanlah pembaziran, tetapi suasana di bilik mandi banyak membantu menyegarkan fikirannya. Menyedari hali ini, dia berusaha mengumpul dan mencari bahan bersesuaian untuk dihiasi dalam bilik mandinya.
Peluang masuk ke bilik mandinya baru-baru ini ternyata ‘menyegarkan’. Hati yang gundah terhibur melihat himpunan kaktus, kulit cengkerang berwarna-warni dan lukisan kecil bingkai kayu yang disusun kemas di birai tingkap kecil dan dinding. Bilik mandinya itu bukanlah luas sangat, tetapi kretivitinya berjaya mengundang keceriaan.
Anda pun boleh menjadi seperti kawan saya. Untuk memperolehi bilik mandi yang cantik, segar dan bermaya, beberapa petua ini boleh menjadi rujukan.

• TANGGA kayu boleh dijadikan rak tuala. Ia boleh diletakan di ruang kosong dalam bilik mandi.
• JIKA ada gelas ramping dan berkaki tinggi yang tidak berguna lagi, jadikan sebagai tempat mengisi sabun, pasir dan batu kelilir pelbagai warna.
• WUJUDKAN tema tertentu dan cuba kekalkannya. Misalnya, sewaktu membeli tuala dan peralatan bilik mandi, tentukan warna atau coraknya dari awal.
TUALA murah dan polos lazimnya jarang disertai kemasan yang menarik. Jadi, untuk menampilkan kemewahan, jahit sendiri renda dan fabric bercorak di sepanjang tepi tuala.
PEMAINAN mandian anak-anak boleh disimpan dalam bekas seperti bakul basikal basikal jenis krom, kemudian gantung di tepi batang oancur mandi atau bersebelahan tab. Selain kelihatan menarik, ia juga mempercepatkan proses pengeringan.
SESETENGAH penghuni menyediakan bilik mandi tetamu. Bagi mereka yang tidak berpeluang berbuat begitu masih boleh mengungkap salam menyambut kehadiran mereka dengan meletak sebakul barangan mandian berisi sabun, tuala tangan, losen badan, shampoo dan pelembab rambut di dalam bilik mandi umum. Botol pengisi losen, shampoo dan pelembap rambut boleh dibeli secara set di pasar raya atau menggunakan bekas botol hotel yang dikumpul. Kemudian ikat riben mengelilingi pemegang bakul.

• TIDAK keterlaluan jika menempatan akuarium bentuk mangkuk yang diisikan ikan emas di dalam bilik mandi.

WUJUDKAN tema pantai dalam bilik mandi dengan memuatkan beberapa peralatan pantai- baldi, penyodok, pencakar dan bola pantai yang berwarna garang di satu sudut sama digantung atau disusun atas rak.

MOTIF cengkerang paling digemari dan sering digandingkan dengan peralatan mandian. Cengkerang kecil misalnaya menghiasi mangkukatau jag manakalayang besar memenuhi birai para dan bangku rehat manakala cengkerang seramik dilekatkan di dinding. Motif serupa boleh diterapkan pada tuala dan tirai pancur. Cengkerang tembaga dan perak molek dipadankan di hujung rel tuala dan gegelung langsir.

MANGKUK sink berkaki yang sudah lama digunakan kurang berseri. Jesteru, bahagian kakinya boleh dilindungi dengan memasang tirai labuh mencecah lantai mengelilingi mangkuk sink. Tidak perlu menggunakan fabric mahal, tetapi memadai dengan fabric murah yang diberi kemasan kun alur atau sulam tebuk. Bahgian yang terlindung boleh diletakkan bakul sampah.

• SATU rel tuala lazimnya tidak mencukupi kalau rumah sering dikunjungi tetamu. Lebih baik pasang rel yang mempunyai beberapa penyidai atau yang boleh ditarik ke hadapan jika perlu untuk mengeringkan tuala.

• BINAAN rak daripada kayu terbuang seperti peti buah-buahan, tidak merugikan. Sapukan cat warna garang atau sejuk untuk menambah seri. Rak kecil itu boleh dibina tiga atau empat tingkat dan lekatkan ke dinding berdekatan sink.

WARNA tiarai pancur yang kusam boleh menjejaskan permandangan dalam bilik mandi. Ceriakan dengan memilih bahan nilon terylene yang dikedutkan di bahagian atas dan kemaskan dengan ropolan daripada fabric warna bertentangan. Kemudian, buatkan tali pengikat dan pasang cangkuk jenis tembaga atau krom di kedua-dua sisi.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *