TEMAN TIDUR

bilik tidur

TILAM

Ramai berpendapat tidak slaah berbelanja membeli tilam yang mahal demi keselesaan dan kesihatan. Tetapi bagaimana membuat pilihan tepat. Antara kaedah yang sering disarankan adalah berbaring di atasnya. Namun ramai yang malu. Persoalannya, adakah perlu anda menukar tilam? Tanyakan soalan  berikut:

  • Adakah tilam anda lebih 8 hingga 10 tahun usianya?
  • Adakah anda bangun pagi anda rasa sakit tengkak atau belakang?
  • Adakah permukaan tilan tidak rata di sesetengah tempat?
  • Adakah tilam anda masih tegang?
  • Adakah anda mendengar bunyi “krik” atau berbunyi setiap kali anda bergerak atau berpusing?
  • Adakah anda dan pasangan selesa tidur berdua di atas tilam itu?

Ukuran tilam sebenarnya perlu mengikut kesesuaian dan ketinggian katil.  Bagi yang tidur berpasangan, saiz raja atau permaisuri memadai kecuali bertubuh besar atau tinggi perlu pilih tilam dal raja. Jangan lupa untuk ambil kira ketinggian tilam sebelum membeli casar, selimut, sarung tilam atau gebar.

Berikut disenaraikan jenis-jenis tilam yang ada di pasaran.

Tilam Air

Di negara ini, tidak ramai menggunakan tilam air tetapi mengikut kajian pengeluarnya, tilam jenis ini mampu menyokong berat dan tulang belakang semasa tidur. Khususnya untuk golongan yang kerap diserang alahan, penggunaan tilam air mengurangkan kehadiran pepijat dan hama habuk di dalam bilik tidur. Tilam air juga tahan lama biasanya 10 hingga 15 tahun jika dijaga dengan baik.

Tilam Spring

Antara yang ada dalam pasaran ialah jenis open coil, continuous spring dan spring poket. Difahamkan tilam jenis spring poket lebih popular kerana masih selesa biarpun tidur berdua. Tilam jenis ini juga tahan lama kerana setiap lingkaran menawarkan spring lebih besar berbanding tilam biasa. ia juga berciri lembut dan mudah suai seterusnya secara bebas menyokong mana-mana anggota tubuh.

 

ALMARI PAKAIAN

Perabot kedua terpenting di bilik tidur terutama bagi yang tidak mampu memiliki bilik persalinan sendiri Selain pakaian, almari juga menjadi tempat menyimpan dokumen peribadi stokin, kasut, beg dan segala macam barangan keperluan diri. Malah almari juga boleh dijadikan tempat penyimpanan peralatan pandang dengar, komputer dan pencetak. Selain almari pakaian siap dibeli, anda juga boleh menempah kontraktor untuk membina cabinet siap dipasang.

 

MEJA SISI

Bilik tidur lebih berseri dengan adanya meja sisi biarpun fungsinya sekadar untuk meletak lampu meja, jam loceng atau kotak tisu atau bahan bacaan. Pilih yang sesuai dengan katil atau almari. Jika keluasan bilik tidur terhad memadai tempatkan satu sahaja meja sisi.

 

PERMAIDANI

Menghamparkan permaidani melitupi sebahagian atau keseluruhan permukaan lantai di bilik tidur bukan sahaja menawarkan keselesaan malah berupaya membangkit seri. Asalkan corak permaidani yang dipilih padan dengan gaya, ia juga boleh menambah karakter dan menjadi titik tumpu dalam bilik tidur. Bagi yang menggunakan kertas dinding, sofa upholsteri atau gebar bercorak, pastikan permaidani yang diguna bercorak kosong supaya suasana bilik tidak nampak sarat.

 

CADAR

Pemilihan cadar yang kena dengan mood dan gaya bilik tidur penting. Sama ada corak berbelang, polos atau berbunga, pilihan anda mempengaruhi keseluruhan penataan dan keharmonian bilik tidur. Pernahkah anda kira berapa banyak cadar yang perlu dimiliki? Pada asasnya anda perlu ada sekurang-kurangnya tiga set cadar yang merangkumi tiga helai cadar rata, tiga cadar bergetah, gebar, tiga pasang sarung bantal, pelapik tilam, sepasang sarung pelapik bantal, dua selimut (nipis dan tebal) dan skirting.

Bagi membantu anda menilai mutu cadar atau gebar yang dibeli, lihatlah label yang memaparkan kiraan benang dan biasanya bilangan benang 200 ke atas adalah yang terbaik. Disyorkan juga menggunakan cadar yang diperbuat seratus peratus daripada kapas kerana sifatnya yang sejuk, lembut dan selesa. Fabrik kapas Mesir juga dikatakan berkualiti tinggi kerana ia dibuat daripada serat paling panjang. Biarpun fabrik kapas jersi mempunyai bilangan benang paling rendah tetapi tetap selesa dan lembut. Poliester dan campuran kapas juga popular kerana tidak renyuk walaupun selepas anda bangun tidur.

 

SELIMUT

Tidak ada yang lebih selesa selain berselimut di atas katil semasa hari hujan. Pelbagai jenis selimut ada dalam pasaran antaranya diperbuat daripada kapas, chenille, fleece dan benang bulu. Pilih yang mengikut kesesuaian dan suhu bilik. Bilik tidur yung diiengkapi pendingin udara, sebaiknya gunalah selimut tebal.

 

GEBAR

Menambah ceria suasana bilik tidur, ukuran gebar yang besar juga menjadi titik tumpu bilik. Harga gebar iuga berbeza-beza mengikut mutu dan buaian. Seperti mana membeli tilam baru mutu gebar iuga perlu diambil kira. Anggaplah sebagai pelaburan membeli gebar bermutu yang lebih tahan lama. Gayakan gebar dengan menutup keseluruhan tilam, sebahagian atau penghujung tilam.

 

BANTAL

Seperti juga tilam, bantal yang selesa penting untuk menjamin kualiti tidur supaya waktu bangun pagi, anda tidak menghadapi masalah sakit leher atau tengkuk. Justeru itu, berbaloi jika mengeluarkan belanja lebih untuk membeli bantal yang baik supaya dapat menyokong kepala dan menjaga tulang belakang supaya lurus semasa tidur. Periksa juga label bantal untuk memahami fungsinya.

Selain melihat ukuran bantal sama ada standard atau raja dan kini sudah ada pengilang yang mengeluarkan bantal bersaiz permaisuri, beri perhatian juga kepada ketebalan. Bergantung kepada jumlah bahan pengisiannya. Anda perlu bantal yang padat jika tidur mengiring atau secara telentang. Namun bagi yang tidur meniarap, mereka memerlukan bantal lembut.

Pilihlah bantal yang sesuai dengan mengenal pasti isinya. Bantal berisi bulu burung ternyata lebih empuk dan mengurangkan kelembapan semasa tidur tetapi harganya mahal. Bantal busa atau poliester pula mudah dijaga dan memberi sokongan lebih baik. Bagaimanapun ia tidak tahan lama dan mudah rosak jika lasak digunakan. Bantal kekabu juga elok digunakan kerana sifatnya yang tidak panas dan lembut, asalkan tidak terkena air kerana ia mudah rosak. Bagi yang menghadapi alahan, gunakan bantal yang disembur dengan bahan anti kulat dan hama.

Jangan lupa untuk menyarung bantal. lni kerana, sarung memberi perlindungan tambahan kepada bantal, memudahkan penjagaan dan kebersihannya. Selain cadar, sarung bantal yang sesuai juga penting membuatkan suasana bilik tidur lebih berseri.

 

LANGSIR

Unsur yang berupaya menyuntik gaya dan ragam suasana di bilik tidur. Justeru itu, pilih fabrik yang betul kerana sesetengahnya tidak sesuai dijadikan langsir bilik tidur.

Langsir tidak semestinya mengikut ukuran tingkap bilik tidur. Lebarkan kepala langsir melepasi bingkai tingkap untuk memberi sentuhan lebih kreatif. Anda boleh memanjangkan pelmet sehingga mencecah siling atau dibiarkan labuh mencecah lantai. Perindahkan langs’r dengan pengikat rambu atau beropol kepada penataan gaya. Menukar pelmet baru atau rel langsir boleh membuatkan langsir lama nampak baru.

Jika kedudukan tingkap bilik tidur mengadap rumah jiran atau kawasan awam, sebaiknya gunakan langsir bercorak di kedua-dua belah.

Bagi yang tidak gemar memasang langsir di bilik tidur, mereka boleh menggunakan bidai Venetian yang sesuai untuk gaya moden. Begitu juga dengan bidai gulung, shutter atau skrin. Tanpa langsir sekalipun, anda masih boleh melindungi pemandangan bilik tidur daripada orang luar dengan menukar kaca tingkap kepada kaca atau gentian tidak lut cahaya, menggunakan kaca berwarna, beriukis stensil atau kaca panel kabut. Penggunaan tirai daripada manik dan cangkerang juga boleh menceriakan suasana bilik tidur.

 

KUSYEN HIASAN

Menyempurnakan penataan gaya bilik tidur, kusyen berwarna-warni atau bertentangan dengan tona cadar dan gebar sememangnya mampu menukar suasana bilik tidur. Kusyen bersarung kapas atau renda bermotif haiwan dan kartun sesuai untuk bilik tidur kanak-kanak. Manakala kusyen hiasan sama ada berbentuk segi empat sama, segi empat tepat atau bulat bersarung baldu, satin, linen dan kapas cantik digayakan di bilik tidur utama.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *