TERENDAK LINDUNGI SILAUAN LAMPU

 

BERMULA dengan penghasilan api menerusi geselan dua batang kayu dan batu, manusia terus berusaha mencipta lilin dan lampu suluh bagi memanjangkan waktu siang supaya kegelapan malam dapat ditempuhi dengan panduan cahaya buatan berkenaan. Tidak cukup dengan itu, penapis cahaya direka bagi mengelak jelaga. Apabila kuasa elektrik ditemui, penggunaan lampu yang semakin penting turut membawa perubahan kepada fungsi penapis cahaya menerusi penghasilan aneka bentuk terendak.

 

            Terendak lampu, walaupun fungsinya terlalu kecil, namun cukup mengesankan dalam mencorak hiasan dalaman. Ia berlindungi silauan cahaya lampu, di samping membantu menyerikan ruang daripada kepelbagaian corak dan warnanya. Memandangkan keperluan menghias rumah yang semakin memberangsangkan sekarang, sebilangan besar pengeluar lampu berusaha meningkatkan mutu rekaan lampu meja dan gantung. Bahkan, penghasilan terendak lampu itu disesuaikan dengan sesuatu tema hiasan dan suasana yang mahu ditonjolkan, sama ada romantik, semasa, etnik atau tradisional. Sesetengah terendak mengetengahkan corak berunsur seni dan nilai estetika yang unik serta halus buatannya.

Penggunaan terendak dikatakan dapat mengimbangi warna dan keharmonian persekitaran pada waktu siang manakala pada sebelah malam, ia dapat mengubah cahaya mengikut bentuk dan bahan yang digunakan.

Cetusan idea pencipta menghasilkan rekaan menawan yang berjaya mengidahkan sesuatu sudut walaupun jarang sekali digunakan untuk menerangi ruang. Perlu dipastikan bahawa setiap terendak mestilah sesuai dengan ukuran kaki lampu bagi mewujudkan keadaan yang lebih stabil. Antara bahan yang diguna untuk menghasilkan terendak ialah kaca gentian berwarna, fabrik, kertas, kayu dan logam. Tidak kurang terendak lampu yang diperbuat daripada bahan kraf seperti jerami, kadbod, buluh dan benang kait berangka kayu atau besi.

Terendak tambah berseri apabila dipadankan dengan kaki lampu yang juga beraneka corak, bentuk dan warna, diperbuat daripada porselin, kayu, kaca, logam, tembagadan buluh. Ini biasanya menghiasi meja sisi di ruang tamu dan bilik tidur manakala terendak yang melapisi lampu gantung sering digunakan di ruanng makan dan dapur.

Perlu dipastikan bahawa setiap terendak mestilah sesuai dengan ukuran kaki lampu bagi mewujudkan keadaan yang lebih stabil.

Logam

Keistimewaaan teredak logam ialah keupayaannya mengawal pancaran cahaya hanya pada ruang yang mahu diteranginya saja dan tidak menyebarkan cahaya ke selurah ruang. Ia juga lebih mudah disesuaikan dengan sebarang jenis kaki lampu. Bahkan, terendak logam yang ditebuk berhasil mewujudkan corak sinaran yang menarik apabila lampu dipasang.

 

Fabrik

Terendak fabrik juga berupaya mengawal sinaran cahaya, bergantung kepada ketebalan kain yang digunakan dan kepadatan corak yang menghiasinya. Dalam hal ini, elakkan penggunaan fabrik baldu kerana dikatakan gagal menapis cahaya manakala sutera batik sangat digalakkan kerana berupaya menghasilkan cahaya yang lebih lembut. Fabric lain yang sesuai ialah linen, renda dan kapas.

 

Kaca

Terendak kaca pula kian popular sekarang, lebih-lebih lagi dengan kemmunculann semula lampu Tiffany. Kebanyakn pereka Berjaya mengabungkan warna dan motif kaca, menggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan terendak yang unik dan ekslusif.

 

Kertas

Terendak kertas juga semakin mendapat perhatian kerana dikatakan membentuk gaya semasa. Aneka jenis dan bentukkertas meberi peluang anda menghiasi ruang dengan terendak lampu yang menarik, lebih-lebih lagi apabila dihiasi kun alur dan corak lukisan tangan. Bahkan, bunga kering dan renda yang ringan dan halus juga boleh dijadikan bahan hiasan.

GABUNGAN pelbagai warna kaca gentian menyerikan birai terendak ini, sesuai dengan kaki lampu yang diperbuat daripada Kristal.

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *