Menaik Taraf Bilik Air

renovasi bilik air

Menaik Taraf Bilik Air

 

Menaikan taraf bilik air daripada status kelas rendah kepada satu suasana yang nyaman dan menarik bukan kerja mudah. Panduan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu buat renovasi bilik air yang dirancang.

 

“Kalau dah namanya bilik air, cantik macam mana pun dihias, bukan nampak dek orang pun.” ATAU “Kita Cuma nak membersihkan diri di bilik air, bukan nak berehat panjang macam di ruang tamu.”

 

Begitulah tanggapan kebanyakan kita sehingga meletakkan bilik air pada taraf yang rendah berbanding ruang-ruang lain di dalam rumah sedangkan peranan bilik air tidak kurang pentingnya. Namum setiap kali menginap di hotel atau pusat percutian, terutamanya yang ada taraf bintang, kita terpegun pula dengan keadaan bilik airnya yang bersih dan kemas. Mulalah kita bertanya mengapa bilik air di rumah tidak boleh jadi secantik itu? Mengapa bilik air di rumah mesti basah? Kalau bilik air basah sekali pun, mesti kah penampilannya kusam dan tidak bermaya?

 

Jawapan kepada semua persoalan itu ada di tangan anda. Tepuk dada tanya selera. Kalau anda mahukan bilik air yang bergaya, anda perlu buat sesuatu sekarang. Bagaimana? Perkara pertama ialah memberi perhatian kepada segenap sudut, daripada daya tarikan visual kepada penyediaan sistem pengudaraan yang baik. Semua ini membabitkan langkah berikut.

 

  1. PELAN LANTAI

 

Luangkan sedikit masa di dalam bilik air dengan membawa hanya pita pengukur dan buku catatan. Ukus keseluruhan ruang bagi mendapatkan gambaran kedudukan kelengkapan dan jenis kelengkapan yang sesuai diguna. Buat senarai soalan seperti, “Bolehkah ambil sebahagian ruang bilik bersebelahan untuk memperluaskan bilik air sedia ada? Atau “Patut kah tandas dan ruang mandi dibina berasingan? Seterusnya lakar pelan lantai bersama-sama skalanya. Jangan lupa membuat anggaran jarak minimum setiap ansur yang terdapat di dalamnya.

 

  1. PENCAHAYAAN

 

Tiga perkata perlu dipertimbangkan untuk mendapat pencahayaan bilik air yan gberkesan. Pertama, fikirkan sumbangannya dalam menyokong fungsi. Kedua, perlu ada matlamat untuk  membantu dan terakhir, mesti berupaya mewujudkan suasana yang menyenangkan.

 

Bagi mendapatkan pantulan cahaya yang baik dan tidak silau, disyorkan supaya memasang lampu kalimantang di tepi cermin solek. Lampu pencahayaan ke atas pulak elok dipasang pada lantai bagi menghindari kecelakaan kecil seperti tersandung dan terjatuh.

 

Bagi membangkitkan ragan suasana, anda boleh menempatkan lampu berlainan jenis, misalnya lampu tumpuan bawah untuk menerangi rak, lampu sarat untuk memberi kesan kepada kehadiran perhiasan dan lampu kalimantang untuk menyenangkan penglihatan. Lebih bagus sekiranya lampu berkenaan mempunyai suis yang berbeza dengan kemudahan cahaya boleh laras.

 

 

 

  1. BAHAN

 

Bukan semua bahan dan kemasan sesuai digunakan di dalam bilik air. Ada yang sesuai diketengahkan di zon basah sahaja dan ada yang cuma boleh digunakan untuk dinding. Justeru itu, adalah penting bagi mengenal pasti ruang dan fungsi sebelum mencari bahan kemasan. Antara yang digemari ialah:

 

  • KACA BAJA – baik untuk dinding ruang mandi dan pemindang. Kelicinan kaca menjadikannya senang dicuci. Pilih skema warna yang memberangsangkan untuk kesan lebih menarik.
  • KAYU – selesa dipandang kerana membawa unsur semula jadi yang dicetuskan menerusi ira kayu. Seelok-eloknya digunakan sebagai panel dinding, namun pastikan kayu yang digunakan adalah jenis kalis air kalau mahu memasangnya di zon basah.
  • SERAMIK – pilihan terbaik bagi yang ingin membuat pengubahsuaian namun terhadap dari segi belanjawan. Seramik diperbuat daripada tanah liat menerusi dua cara, iaitu dibakar atau bersalut. Didatangkan dalam pelbagai wanita ukuran dan tekstur, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Dipercayai semakin berkilat sesuatu seramik itu, semakin tinggi kadar kalis airnya. Ciri seramik begini ditemui pada permukaan jubin licin. Bagi kemasan lantai, pilihlah jenis kusam supaya tidak terlalu licin ketika dipihak manakala seramik licau adalah pilihan paling tepat untuk dinding.

 

  1. Porselin

 

Jubin paling tahan lasak yang berasal daripada tanah liat dan menjalani proses penulenan penuh menjadikannya kalis air. Jika bilik air kecil, guna porselin besar untuk menghasilkan kesan luas secara ilusi.

 

  1. batu sungai

Tidak salah menggunanya asalkan jangan berlebihan. Lazimnya batu sungai ditonjolkan untuk membetuk dinding tumpuan atau untuk menampilkan tekstur pada bahagian tertentu. Liang yang terhasil daripada kemasan ini boleh ditutup dengan mnenurap bahagian berkenaan.

 

  1. Pengudaraan

 

Tidak ada yang dapat menandingi fungsi jendela dalam membawa masuk udara dan cahaya luar. Jika bilik air tidak bertingkap, maka hendaklah disediakan kipas ekzos bagi menyingkirkan udara lembap. Seelok-eloknya pasang kipas itu di sudut bertentangan pintu supaya kipas dapat menarik udara kering dan segar melalui pintu bagi menggantikan udara lembap dan panas yang disingkirkan.

 

  1. Ruang penyimpanan

 

Sebenarnya bilik air tidak perlu sarat dengan ruang penyimpanan. Anda hanya memerlukan ruang penyimpanan bijak yang boleh membantu menyembunyikan barangan dan kelengkapan lazim bilik air. Membina cabinet siap dipasang berserta cermin adalah langkah bijak kerana ini dapat menjimatkan ruang. Anda juga boleh membina cabinet berdekatan tandas bagi menyimpan tisu tandas atau memasang para-para berhampiran pancuran untuk menempatkan syampu dan losen.

 

  1. Jarak

 

  • Kawasan tandas – tinggalkan 60 sentimeter di hadapan dan 20 sentimeter di kedua-dua bahagian sisi untuk memudahkan pergerakan.
  • Depan sink – pastikan ada sekurang-kurangnya 70 sentimeter ruang kosong khusus untuk mendandan.
  • Puncak kuasa elektrik – sekurang-kurangnya berjarak 50 sentimeter.
  • Tab mandi – beri peruntukan ruang sekurang-kurangnya 80 sentimeter di depan ruang pancur bagi memastikan lantai kering dan selamat dipijak.
  • Ruang pancur – sediakan 90 x 90 sentimeter bagi binaan pintu Bagaimanapun pintu kaca sorong lebih menjimatkan ruang jika bilik air sempit.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *