Sejak akhir-akhir ini, populariti perabot kulit semakin meningkat. Ini kerana harganya menurun sedikit. Berikut antara ciri yang harus anda pertimbangkan apabila memilih perabot kulit tulen dan bermutu tinggi
- Pakar mendakwa, kulit tahan lebih lama jika dirawat dengan betul. Kulit dikatakan mempunyai jangka hayat 15 hingga lebih 20 tahun, berbanding fabric hanya 4 hingga 5 tahun.
- Kulit tidak mudah koyak, namun lembut dan gebu.
- Sebahagian bahan semula jadi, kulit bernafas dan tidak melekit dalam cuaca panas atau sejuk. Suhunya kekal seperti suhu bilik.
- Semakin lama diguna akan terbentuk patina (their own personal identity) yang membuatkan permukaan kulit lebih lembut.
- Mudah dijaga dan dibersihkan.
- Tidak merekah atau menggelupas bahkan bentuk kekal tanpa melendut.
- Tidak mudah rosak dek panas haba atau matahari.
Jenis Kulit
Sewaktu proses persediaan, kulit lembu direndam di dalam larutan garam chromium, kemudian dipilih dna digredkan. Lapisan atas kulit atau epidermis seterusnya dipisahkan daripada lapisan bawah yang tebal, sebelum dipercantik dan diwarnakan.
Langkah terakhir ialah membuat ukuran dan menyapu kemasan urethane. Kulit yang diperbaiki corak asalnya lebih tahan kotoran, tetapi tidak selembut asal.
Kulit yang tidak dirawat mempunyai sedikit tanda dan dikenali sebagai full grain or uncorrected leathers. Kulit ini tentunya lebih bermutu dan mahal. Tidak ada satu kulit yang bercorak serupa seperti tiada kesan cap jari yang sama.
Penjagaan Umum
- Mindak dan peluh, memberi kesan kepada kulit jika tidak dibersihkan segera dan secara berteruskan. Untuk tahan lama, bersihkan dengn mengguna bulu ayam atau penyedut hampagas bagi mengelakkan pemerapan habuk dan minyak hasil penggunaan seharian.
- Setiap empat hingga enam bulan, disaran cuci dengan bahan pencuci lembut dan sapu krin pelingdung bagi mengekalkan kelembutannya agar perabot tahan lebih lama.
Kelebihan Perabot Kulit adalah saperti berikut
Keselesaan
Tidak saperti perabot sofa atau loveseats yang akan merosot semangkin lama
perabot diduduk , perabot kulit kian lama kian lembut dan selesa diduduki.Lagipun ,
perabot kulit boleh “bernafas” , haba haba panas senang hilang .Jadi tidaklah panas jikalau duduk lama.
Harga
Tidak dapat dinafikan harga perabot kulit lebih tinggi daripada perabot jenis lain, tetapi dari ketahanan , perabot kulit boelh di pakai lebih lama, Bermakna berjimat cost dalam jangka panjang
Tahan Lasak
Pakarmemberitahu , perabot kulit boleh tahan empat kali lebih lama. Kekotoran
atas permukaan kulit senang di lapkan. Kulit adalah lebih tahan lasak daripada fabrik sudah tentu .
Quality
Perabot Kulit adalah ‘top of the line” produk atau produk premium dari segi quality . I kelihatan Classic dan sentiasa di kiatkan dengan perabot di pejabat koporate.