Menghias Bilik Air Kecil

hiasan rumah

Menghias Bilik Air Kecil

Kepayahan menghias bilik air sempit adalah cabaran besar yang memerlukan daya kreativiti tinggi. Di sinilah kelebihan anda diuji dan dibuktikan.Hiasan Rumah merupakan satu aktiviti yang menfaatkan dari segi mental dan emosi

Bagi mereka yang mendiami rumah jenis teres, pangsapuri dan kondominium, keluasan bilik airnya sudah dirancang pemaju. Suka atau tidak terpaksalah akur dengan rupa bentuk ruang yang disediakan. Bagaimanapun, golongan berwang dan kebetulan ada pula lebihan ruang akan melakukan pengubahsuaian untuk memperoleh bilik air yang diidamkan.

 

Sebab itulah dikatakan bahawa menghias bilik air kecil lebih mencabar, malah cabarannya dapat dirasakan seawal melakar susun atur kelengkapan. Dengan keluasan yang amat terhad, tentulah tidak banyak dapat dilakukan bahkan tidak boleh terlalu bermewah dengan perhiasan, kecuali perhiasan kecil dan dalam jumlah sedikit. Sama ada mengubah suai keseluruhan bilik atau sekadar menghias semula ambil seberapa banyak masa yang dikehendaki untuk menentukan gaya baru. Usah terburu-buru. Sediakan reka letak dan ilham menghias seerta pelan ringkas membantu anda menjalankan kerja pengubahsuaian atau menghias semula dengan lebih merancang dan tersusun.

 

Berikut tujuh langkah yang boleh membantu anda menampilkan suasana lebih luas dan selesa di bilik air kecil.

 

  1. Lantai – garisan turap akan menjelaskan perimeter lantai dan menonjolkan ukuran bilik. Dinasihatkan supaya memilik jubin besar yang berwarna cerah. Biarkan tepi lantai kosong bagi mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantikan sink berkabinet sehingga ke lantai dengan jenis gantung berkaki (pedestal), jadi ini secara tidak langsung menampilkan suasana yang sekata. Elak memasang kelengkapan yang mengambil ruang lantai seperti tab besar dan kaunter berdandan.

 

  1. DINDING – pilih warna ringkas dan padu serta terang. Warna cerah paling sesuai untuk mewujudkan suasana terang, selain nampak luas namun tidak semestinya putih atau offwhite. Begitupun, warna putih terbaik untuk bilik kecil. Jika polos menjadi pilihan selitkan sedikit corak seperti berjalur atau hidupan laut. Elok memilih kertas dinding yang sarat bercorak kerana ini membuatkan bilik kecil bertambah sempit dan sesak. Awas, warna gelap juga tidak sesuci kerana memberi gambaran seolah-olah ‘menghimpit’ anda!

 

  1. Tempat penyimpanan – jangan lupa memperuntukkan ruang untuk meletak keperluan mandian dengan memasang rak terbuka jenis gantung atau kabinet kecil berpintu pada dinding di atas sink. Boleh juga membina kabinet berpermukaan kacan telus di ruang ceruk. Seelok-eloknya pintu kabinet atau rak terbuka biarlah jenis sorong agak tidak mengambil terlalu banyak ruang. Pastikan juga pintu itu sekata dengan permukaan dinding dan dicat sewarna dinding. Ruang dinding di atas mangkuk tandas juga boleh dimanfaatkan dengan membina para-para atau rak terbuka. Binaan dinding yang rata dan tidak ada kesan retak atau pecah membantu menampakkan ruang lebih panjang dan lebar.

 

  1. Cermin – ‘tipu’ penglihatan anda melalui pencahayaan dan cermin. Bilik yang terang Nampak luas kerana mengaburkan garisan perimeter yang menjelaskan batasan ruang bilik. Sebaik-baiknya manfaatkan sepenuhnya pencahayaan semula jadi dengan membina tingkap memanjang atau melebar yang membenarkan kemasukan cahaya matahari dan menyebarkan ke seluruh bilik. Kabinet dan tabir mandi membataskan pandangan, maka pilihlah warna terang tanpa bingkai untuk membangkitkan suasana tidak bertepi. Cermin menawarkan satu teknik ‘penipuan’ yang tidak siapa boleh menyangkal, oleh itu gantung cermin di hujung bilik supaya ruang Nampak dua kali ganda lebih luas selain dapat memantulkan cahaya dan ini sekali gus menjadikan bilik air lebih terang.

 

  1. Sink – pilih sink yang kecil tanpa dilengkapi kaunter berdandan. Pasang sink jenis melekap ke dinding kerana ini boleh menonjolkan keluasan lantai. Paling penting, jangan ada benda lain yang menghalang lantai bilik air daripada dilihat sepenuhnya.

 

  1. Tab – jangan risau kalau pemaju melengkapkan bilik air dengan tab atau anda memang teringin hendak memasang tab, tetapi pada masa yang sama tidak mahu bilik air kecil Nampak sempit. Untuk mengatasi masalah itu, pasang pintu pancuran yang diperbuat daripada kaca lut sinar supaya ruang tampil lebih luas. Boleh juga menggunakan tab mandi Jepun yang berbentuk segi empat dan pasang tab polos atau bercorak halus warna terang.

 

  1. Perhiasan – ada banyak syarikat yang menjual barangan itu dan anda Cuma perlu memilik yang sesuai dengan cita rasa dan gaya yang mahu diwujudkan. Bagaimanapun sebelum berkunjung ke kedai berkenaan, senaraikan dulu barang yang dikehendaki bagi memudahkan pembelian dan dengan itu juga anda tidak akan tersasar sehingga berlaku pembaziran! Gambar atau lukisan dan tumbuh-tumbuhan adalah antara pehiasan penting di dalam bilik air. Memadai menggantung sekeping gambar atau lukisan dan sepasu pokok segar sahaja. Pastikan bingkai gambar atau lukisan berwarna cerah. Kalau perlu menggantung tuala di bilik air maka disarankan supaya mengguna tuala warna terang, begitu juga dengan alas kaki dan bidai.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *