Panasnya Di Dalam Rumah

PANASNYA DI DALAM RUMAH

Cuaca panas sejak kebelakangan ini menyebabkan bil elektrik melambung tinggi kerana kipas dan alat pengdingin hawa sama-sama ligat menjalankan fungsi masing-masing. Apa yang menyumbang kepada keadaan berbahang di rumah anda dan tidak di rumah jiran anda ?

Keselesaan sesebuah kediaman tidak hanya terletak pada keluasan ruang dan gaya penataan, tetapi juga bergantung kepada tahap aliran udara dan suhu dalaman. Tinggi atau rendah suhu menyumbang kepada keadaan panas dan sejuk manakala tahap aliran udara memberi kesan kepada suasana yang melegakan atau melemaskan. Inilah yang membezakan suasana sesebuah kediaman – ada yang nyaman dan ada yang berbahang. Sebagai tuan rumah maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan sepenuh keselesaan kepada seisi keluarga.

Benar, reka bentuk rumah memberi kesan kepada keselesaan suasana di dalam rumah namun malangnya, kebanyakan kita membeli rumah yang disiapkan oleh pemaju. Dengan itu kita tidak mempunyai pilihan melainkan menerima sahaja apa yang disediakan dan melakukan pengubahsuaian adalah antara langkah terbaik.

 

Mengapa rumah berbahang dan cara mengatasi.

  1. Siling/bumbung rendah.
    Ketinggian ruang dalaman rumah teres yang dibina pemaju selalunya 27 meter (dari lantai ke siling). Jika siling dibina rendah daripada itu akan menampakkan suasana dalaman yang sempit dan sesak.
    NOTA : Lebih tinggi siling lagi bagus sebab mewujudkan kesan lebih luas dan lebih banyak ruang untuk pergerakan udara.
  2. Bumbung tanpa siling
    Bumbung genting atau yang diperbuat daripada bahan penyerap haba patut ditutup dengan siling, lebih-lebih lagi kalau di bahagian rumah yang tertutup. Pemasangan siling bukan hanya untuk mengemaskan ruang bawah bumbung sebaliknya lebih bertujuan untuk menapis haba panas daripada bahan kemasan genting yang diguna untuk bumbung. Dan sebaik-baiknya siling biarlah bewarna putih walaupun tidak salah kalau hendak menggunakan warna lain.
  3. BINAAN BILIK
    Bilik yang terletak di tengah rumah biasanya tidak bertingkap dan dengan itu hampir-hampir tidak menerima kemasukan angin dan cahaya semula jadi. Oleh itu, elak menyediakan binaan sedemikian kecuali dipasang jendela langit (skylight) yang boleh dikawal untuk buka dan tutup.
  4. BUKAAN ANGIN
    Di samping binaan tingkap dan pintu biasa, setiap rumah juga perlu ada tingkap kecil atau bukaan angin di bahagian atas bangunan untuk laluan angina dan peredaran udara di dalam rumah. Ruang udara yang terdapat di sesetengah rumah juga bertujuan untuk menjalankan fungsi berkenaan. Malangnya, ada pula yang memilih untuk menutup ruang itu bagi menambahkan atau memperbesarkan ruang kediaman. Seelok-eloknya dikekalkan ruang udara dan dibentuk taman mini di situ. Lantai loteng juga boleh dibina di ruang udara tetapi perlu dipastikan tidak menutupi keseluruhan kawasan bukaan sehingga menghalang terus aliran angina.
  5. MENTOL
    Mentol kuning atau mentol berkuasa watt yang tinggi membiaskan cahaya panas. Bagi mengatasi masalah ini. Seelok-eloknya gunakan juga mentol putih di ruang yang sama lampu yang menggunakan mentol kuning atau berkuasa watt tinggi dipasang hanya untuk menimbulkan nilai estetika, misalnya sewaktu mengadakan majlis keraian atau menyambut kedatangan tetamu. Apabila tetamu sudah pulang atau majlis selesai, tutuplah lampu itu dan pasang lampu yang menggunakan mentol putih dan berkuasa watt rendah.
  6. RUANG MENGUNJUR
    Ruang atau bilik yang dibina mengunjur akan terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Oleh itu, lebih banyak haba menyerap masuk ke ruang sebegini. Pastikan ruang atau bilik ini dipasang tingkap secukupnya atau pintu secukupnya untuk kemasukan udara segar.
  7. CAT LUARAN
    Elak memilih jenis penyerap haba. Sebarang cat berwarna gelap seperti hitam dikatakan menyerap haba panas dari luar. Oleh itu, guna warna lain yang tidak menyerap haba dan satu lagi cara ialah dengan menanam banyak pokok di luar rumah sebagai pengadang suhu panas.
  8. TINGKAP DAN PINTU BERTUTUP
    Tiada guna membina banyak tingkap dan pintu kalau fungsinya diabaikan dengan menutup lubang angina berkenaan. Dengan menutup pintu dan tingkap maka anda menghalang kemasukan angin dan ini menimbulkan suasana panas di dalam rumah. Oleh itu, bagi memastikan suhu kekal selesa di dalam rumah maka hendaklah dibuka pintu-tingkap pada waktu awal pagi dan langsir dikuakkan ke sisi. Apabila terik matahari semakin kuat di luar, anda boleh menurunkan langsir pintu-tingkap untuk menepis cahaya dan menguaknya semula apabila panas matahari semakin reda. Kalau tidak pun, kemaskan permukaan panel pintu-tingkap dengan lapisan vinil pengadang cahaya. Jika berpeluang membuat pengubahsuaian rumah, pasang lubang udara di bahagian atas dinding, sama ada berbentuk bulat atau persegi. Bagi mengelak kemaskan serangga, kemasukan lubang udara ini dengan jarring dawai yang elok.
Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *