Corak Bentuk Karakter

corak bentuk karakter

CORAK Bentuk Karakter
Meriahnya dekorsi kediaman tatkala dicampakkan variasi corak,paten mahu pun pola-pola yang
membentuk karakter tertentu kepada penataan ruang.Bijak menggandingkannya pada kemasan
lembut,benar-benar akan menghasilkan olahan mencuri pandang!

INSPIRASI
 SONGKET
Fabrik kebanggaan masyarakat Melayu sememangnya pada
kelasnyayang tersendiri.Tidak perlu diperkenalkan lagi,gubah sahaja
sama ada aplikasinya pada kemasan throw pillow,fabric padded pada
dinding mahupun menjadi haisan dinding,sebagai karya seni.
TIE DYE
Ia juga satu teknik penghasilan corak,pada awalnya ia sekadar dilihat
sebagai kesan accidential namun manjadi meluas aplikasinya dengan
rekaan yang pelbagai.Sering dikaitkan dengan hippie dan imej african,ia
sebenarnya diguna pakai di seluruh dunia.
BATIK
Corak yang benar menggambarkan warna Nusantara,batik dengan
motif flora fauna.Jangan malu menata hias dengan corak batik cetakan
ini.Namun pilih daripada batik cetakan dengan kerja tangan yang kemas
juga teliti.
CHINTZ
Sememangnya tidak asing bagi pencinta dekorasi Inggeris,dengan
motid bunga-bungaan.Kemasan lembut pada penataan ala English
Country sering di aplikasi motif-motif flora ini dalam nuansa lembut
mahupun terang.
ANIMAL PRINT
Chic,elegan,glamor,mewah antara kata-kata yang boleh
menggambarkan imej corak bulu binatang ini.Namun ia lini sering
diguna sekadar corak dan bukanlah kulit atau bulu haiwan yang
sebenar.Selamatkan fauna kita!
PAISLEY
Motif-motif daun-daun berupa mirip titisan yang dikatakan berasal
dari Persia,Popular sejak abad 18 lagi.Meluas lagi penggunaannya
apabila selendang setendang Kashmir diimport British India dan
dibawa ke seluruh dunia.
TARTAN
Inspirasi fabric kebanggaan Scottish ini terdiri daripada jalur-jalur
vertical dan horizontal dalam variasi rona membentuk corak yang
kemas namun masih menarik.Banyak digunakan pada fabric-fabrik
bukan sahaja dalam dunia dekorasi interior,tentu juga fesyen.
GEOMETRI ISLAMIK
Aplikasi yang pelbagai sama ada pada skrin pembahagi,susunan
jubin-jubin pada lantai juga ukiran pada dinding,menghasilkan
sofistikasi yang tersendiri.Rupa rapi tersusun yang mencerminkan
keseragaman dalam penataan kediaman.
RETRO
Membangkit nostalgia era 70-an,pola-pola retro ini masih kelihatan
segar dengan aplikasi dan olahan yang pelbagai dalam penataan
interior kontemporari.Bermainlah dengan rona dan nuansa yang
ringkas.Tidaklah kelihatan ketinggalan zaman pula.
HAND DRAWN
Versatil,fleksibel juga tersendiri.Sama ada corak dengan gaya
doodle,pen stroke,brush stroke dalam rona yang pelbagai.Mencuit
kesan kontemporari dan pop dalam ruang kediaman.
SUZANI
Rekaan corak inspirasi hasil jahitan embroidery masyarakat daripada
etnik Negara-negara Asia Tengah seperti
Tajikistan,Uzbekistan,Kazakhstan dan yang lainnya.Tampil dalam
rona terang,nama Suzani berasal daripada bahasa Persia,Suzan yang
bermaksud jarum.
RETRO HIPSTER
Ekspresi corak-corak geometri yang segar rekaan digital yang sering
menjadi pilihan decorator berjiwa muda.Ranggi dan segar!Seiring
perkembangan fesyen masa kini.
CHEVRON
Pengulangan garis-garis zig zag membentuk corak chevron ini meluas
digunakan dalam penataan interior moden.Awal penggunaanya
dapat dilihat dalam karya-karya seni awal di tembikar dan juga pada
ukiran dinding gua.Ia juga sinonim dengan gaya Scandinavian . Ringkas namum Menarik

 

 

 

Published
Categorized as Umum

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *