Pastikan Kerja Memasak Selamat dan Menyeronokkan

resipi memasak

Pastikan Kerja  Memasak Selamat  & Menyeronokkan ini adalah Resipi Memasak

Kedudukan dan pilihan dapur masak penting bagi memastikan kerja memasak lebih sealant,
mudah, pantas dan menyeronokkan. Pastikan ia terletak berdekatan sink, menpunyai lebihan
ruang untuk menempatkan kuali dan periuk panas, menonjolkan reka bentuk kemas dan
dilengkapi alat penyedut, wap bagi menghilangkan bau dan asap masakan. Alat ini pula seelokeloknya
dipasang lampu tumpu bagi menerangi ruang masakan, terutama jika dapur masak
terletak agak tersolok.

• Binaan kabinet dapur berpulau dengan meletakkan tungku di unit berpulau,paling
praktikal bagi mereka yang tidak betah duduk di satu-satu tempat sewaktu memasak
atau menpunyai ruang penyimpanan berasingan mengikut kegunaan. Bagaimanapun,
pastikan ia dilengkapi alat penyedut wap berkuasa tinggi kerana kedudukannya di
tengah ruang.

• Pastikan jaring meletak kuali pada tangku berkeadaan kukuh. Jangan pilih dapur masak
yang jejari logamnya terlalu pendek atau tinggi kerana ia menyukarkan kerja memasak,
terutama jika anda seorang yang rendah. Bagi anda yang rajin memasak,pastikan juga
bahagian dasar dapur masak dan jaring meletak kuali diperbuat daripada kaca enamal
bermutu tinggi atau logam tahan lasak dan kalis calar.Jika anda seorang yang takut
mengguna gas, beli dapur masak elektrik.
• Ketinggian savour masak sepatutnya lebih rendah daripada permukaan meja kerja dan
downfalls disekelilingnya bagi mengelak percikan minyak panas dan tumpahan air.Lihat
rajah 1.

• Jangan tinggalkan kuali pandas atau cerek berisi air panas di atas tungku bagi mengelak
kemalangan yang tidak diingini jika tersinggung barangan itu sewaktu sibuk memasak.

• Seelok-eloknya pasang alat ketuhar dalam kabinet siap dipasang dan pastikan
kedudukannya tinggi supaya tidak mudah dicapai kanak-kanak tetapi janganlah terlalu
tinggi sehingga sukar pula anda hendak memasak.Jika membeli dapur masak berserta
alat ketuhar, alat ini lazimnya terletak di bahagian bawah dapur masak, jadi pastikan
anak kecil anda tidak mendekatinya sewaktu ia sedang berfungsi. Seelok-eloknya beli
alat ketuhar berpintu cermin yang kalis panas.

• Jika tertumpah sesuatu di atas dapur masak, perkara pertama yang perlu dibuat ialah
menabur garam di atasnya sebelum mengaut semula dengan senduk kayu,kemudian lap
kesan tumpahan menggunakan tuala basah.

• Masakan hangus atau tumpahan cecair boleh membuatkan alat ketuhar berbau busuk.
Hilangkannya dengan meletak sepiring ammonia pada rak teratas manakala air bersih
dalam kuali diletakkan pada rak di bawah.Biarkan semalaman, kemudian baru buka
penutup ketuhar dan bersihkan dengan bancuhan air pencuci suam. Untuk
menghilangkan bau yang kurang enak daripada kesan masakan, letak semangkuk cuka di
dalam ketuhar dan biarkan seketika.Cuka dikatakan boleh menyerap bau.

• Serbuk penaik paling mujarah untuk memadamkan kebakaran kecil yang disebabkan
sambaran minyak dan litar pintas.Ia jauh lebih baik daripada menggunakan air.Anda
cuba perlu merenjiskannya di bahagian yang terbakar.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *