Memilih Permaidani
Sama ada tebal atau nipis, gebu mahupun kesat,memilih permaidani adalah antara unsure kemasan yang mencetuskan suasana menarik di dalam rumah.Tidak hairanlah ia sering ditukar ganti terutama sewaktu musim perayaan.Bersifat lembut,pemilihan permaidani sebaiknya disesuaikan dengan gaya ruang.
RUANG berkeluasan terhad seperti bilik tidur atau sebahagian sudut di ruang tamu
sewajarnya dialaskan permaidani.Selain menawarkan keselesaan sewaktu memijak atau berbaring, permaidani juga boleh menyuntik warna, tekstur dan corak dalam ruang.Ia boleh dibeli secara kepingan dan dihampar di sudut tertentu atau dipasang memenuhi ruang dari dinding ke dinding.
Ruang makan juga sering manjadi sasaran untuk dilapikkan permaidani.Walhal,kurang
sesuai menempatkan permaidani di situ kerana permukaannya mudah dikotorkan oleh
tumpahan makanan atau minuman.Selain itu,permukaan permaidani cepat haus atau rosakak akibat sering menarik dan menolak kerusi makan.Namun jika masih hendak melapik lantai ruang makan dengan permaidani, sebaiknya pilih jenis berbulu pendek dan tahan lasak supaya mudah dicuci.
Sifat permaidani yang mudah memerangkap habuk dan cepat meninggalkan kesan kotoran menyebabkan pengguna perlu mengetahui kaedah asas penjagaan permaidani.
1. Sebarang tumpahan perlu dikeringlan segera.
Lap dengan kain kering dan lapik bahagian bawahnya dengan kain kering yang lebih
terbal.Jika tumpahan tadi mengandungi pewarna,basahkan dahulu permukaan yang
terkena tumpahan dengan air bersih sebelum dilap.Pastikan juga anda tidak
merebakkan kesan tumpahan,kemudian keringkan permukaannya dengan alat
pengering rambut pada suhu minimum.
2. Bagi kotoran yang meninggalkan kesan, sebaiknya guna khidmat pakar untuk
mencucinya.Bagaimanapun jika ingin membersihkannya senditi,cuba kaedah cucian
ringan untuk mengelak sebarang kerosakan pada permaidani.Mula-mula,cuci
permukaan kotor dengan kain yang direndam dalam bancuhan 0.57 liter air suam dan
dua sudu cuka.Jika kotoran masih degil,ulang kaedah sama tetapi kali ini tambah sedikit
garam dalam bancuhan.Jika masih gagal,tukar pula dengan bancuhan satu sudu pencuci dan 0.57 liter air suam.Akhir sekali, jika kotoran masih belum dapat dihilangkan,basuh tadi dengan bancuhan 4 : 1 air suam dan syampu permaidani.Keringkan kedua-dua bahagian permaidani yang sudah dibasuh dengan alat pengering rambut.
3. Bagaimanapun,tidak semua kesan kotoran atau tumpahan boleh hilang jika dibasuh
sendiri,justeru sebaiknya hantar kepada pakar untuk dicuci tetapi bukannya ke pusat
cucian biasa. Permaidani Parsi misalnya, tidak sesuai dibersihkan dengan bahan peluntur
atau pencuci kerana ia boleh menghilangkan minyak pati yang dihasilkan oleh bulu
kambing bagi tujuan melembutkannya.
4. Permaidani yang rosak atau terlerai di bahagian hujung perlu segera diperbaiki bagi
mengelak tenunannya terlerai lebih teruk.
5. Jika terkena tumpahan dammar atau minyak,segera tekap keras pedap atau
kertas sap di permukaan dan bahagian bawah permaidani.Kemudian,dengan
perlahan gosokkan seterika yang sudah dihangatkan di atas kertas pedap atau kertas
sap.
Jika ingin mengganti permaidani lama atau membeli baru, pastikan anda
mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai jenis permaidani yang
hendak dibeli termasuk bagaimana ia dibuat,bahan, sifa t dan tempoh
ketahanannya.
1. Ambil ukuran lantai supaya mudah menganggarkan jumlah lebar dan panjang
permaidani yang diperlukan serta perbelanjaan.
2. Periksa jenis bulu yang diguna.Permaidani jenis gegelung berbulu pendek lebih sesuai dipasang di tangga dan di ruang tamu berbanding jenis kerinting halus walaupun keduaduanya sesuai digunakan untuk kawasan yang kerap dilalui.
3. Teliti sebarang tanda peringatan pada permaidani dan jangan segan bertanya perkara yang kurang difahami.Perhantikan sama ada panduan penjagaan dan perlindungan kotoran disediakan atau tidak.
4. Tanya mengenai jaminan penggunaan – perkara yang terkandung dalam jaminan dan
tempoh ia dijamin ? Bagaimana dengan kandungan gentian?Pastikan gentian yang
diguna sesuai dengan anda.
5. Selidiki pakej jualan yang ditawarkan.Adakah harganya termasuk pemasangan dan
pelapik?Adakah jaminan mengenai kerja pemasangan?
6. Tinjau dari kedai ke kedai untuk mendapatkan perbezaan harga kerana jika bernasibbaik anda boleh mendapatkan permaidani serupa pada harga lebih murah.
7. Perhatikan sifat permaidani.Semakin rapat tenunan benang dan lurus bermakna
permaidani itu padat.Begitu juga,lagi banyak jambul bagi setiap 2.5 sentimeter
persegi,lagi baik mutunya dan pintalannya mesti rapat serta ketat untuk mengelak
benang terburai apabila diguna.Malah semakin berat permaidani,lebih cantik
hamparannya dan tahan lama.
Bagi yang kurang arif, kenali terlebih dahulu jenis permaidani yang ada di pasaran seperti sebelum membeli.
a) Potong dan bergegelung – ada meyebutnya rich rawak (random sbeared) dan ia
menggabungkan jenis gelung dipotong dan tidak dipotong yang menghasilkan aneka
tekstur serta corak.Permukaannya mempunyai corak benang pelbagai tona warna.
b) Halus berukir – jenis gelung dipotong dan benangnya dipintal ketat sehingga
mewujudkan tekstur berkerikil serta berketul.Jika pintalan benang dipotong pendek dan
padat,ia menghasilkan permaidani tahan lasak yang sesuai dibentang di kawasan kerap
dilalui.
c) Gelung satu aras – jenis gelung tidak dipotong berketinggian sama dan ditenun pada
lapisan dasar.Dipotong pendek dan padat,ia menghasilkan permaidani tahan lasak yang
sesuai dipasang di kawasan kerap dilalui.
d) Gelung pelbagai aras – jenis gelung dipotong berbeza aras yang digabungkam secara berselerak atau tersusun. Ia membentuk tekstur seakan ukiran atau arca.
e) Baldu – bulu dipotong paling padat dan mewah.Mempunyai permukaan beraras,
biasanya kurang 2.5 sentimeter.Sifatnya lembut dan menampakkan kesan apabila
dipijak serta dibersihkan dengan penyedut hampagas.Sesuai untuk kediaman bergaya
moden atau dipasang di bilik tidur, tetapi bukan di tangga.
f) Saxony – hamper menyerupai baldu, tetapi kurang tebal, begitu pun selesa dipijak dan Nampak lembut. Ia menggunakan dua atau lebih benang yang dipintal bersama. Jenis ini tidak begitu baik dari segi mutu.
g) Berbulu kasar dan tebal – ketebalan bulunya melebihi 2.5 sentimeter dan agak longgar kerana benangnya ditenun beriringan. Jenis ini mudah memerangkap habuk dan menjadi nipis. Ia sering diguna sebagai hiasan dalam kepingan kecil dan sesuai melapisi lantai di kawasan kurang dilalui.