MEMILIH SOFA
Memberi sofa juga satu pelaburan.Justera,anda hendaklah teliti,sewaktu memilih, terutama
membabitkan bentuk,ukuran dan fabrik yang digunakan.Ini bertujuan membolehkan anda
menggunakan sofa berkenaan dalam jangka masa lebih lama.Tidak mengapa kalau anda terpaksa
berbelanja lebih sikit asalkan sofa yang diberi bermutu tinggi.Sebaiknya rancang dahulu gaya susun atur
yang agenda diwujudkan di ruang tamu, kemudian barulah beri sofa yang ukuran dan bilangan sepadan keluasan ruang,
Ada berberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih sofa antaranya :
1) UKURAN
• Biarlah sepadan ruang. Biasanya sofa di ruang pameran nampak keci kerana ada berpuluh set
sofa yang dipamerkan dalam kawasan yang luas.Oleh itu ukur dahulu keluasan ruang tamu dan
pintu masuk,kemudian lakar pelan kasar kedudukan setiap perabot dengan mengambil kira jenis dan ukuran sofa.
• Penting juga mengambil kita ketinggian penyandar dan lebar tempat duduk.Bagi kediaman
bersiling rendah misalnya, anda tidak digalak memilih sofa berpenyandar tinggi atau besar kerana ia akan menbuatkan ruang nampak sempit.
• Warna sofa turut mempengaruhi keluasan ruang.Justeru, jika inginkan rumah nampak lebih
lapang,disaran memilih sofa warna cerah.Apa pun,jangan lupa membawa pita pengukur setiap
kali berkunjung ke kedai perabot supaya mudah mengukur perabot yang sesuai dengan
keluasan ruang tamu anda.
2) CIRI
• Teliti bahagian dalam sofa agar tidak tersilap menelah mutunya.Jangan ghairah melihat
luarannya sahaja.
• Ada empat bahagian terpenting sofa iaitu rangka,keanjalan,isi dalam dan sarung.
3) RANGKA
• Sifat kayu beecb yang keras dan lembut menyebabkan ia dipilih untuk membuat rangka
sofa bersalut fabrik penuh.Untuk lebih kukuh,rangka dikemaskan dengan penyumbat,
skru dan gam.
• Bagi Kerouac yang menampakkan rangka, biasanya ia diperbuat daripada kayu keras.
4) KEANJALAN
• Setiap sofa dan kerusi beralas tangan dilengkapi ciri keanjalan, sekali gus menjadikannya selesa diduduki.
• Asalnya sofa dibentuk menggunakan gegelung spring besar yang dijalin dengan jaring
lembut, sekarang ditukar kepada spring zigzag berbentuk leper yang diguna bersama
jaring getah.Sesetengah reka bentuk sofa menggunakan spring getah sepenuhnya
menggantikan spring.
• Sofa murah diperbuat daripada ketulan getah berbusa yang dilapiskan atas bod gentian padu
5) ISI DALAM
• Isi dalam yang bermutu tinggi biasanya menggunakan bahan semula jadi.Begitu pun
banyak juga sofa yang mengetengahkan isi dalam daripada getah berbusa jenis kalis api.
• Pastikan berbusa yang dipilih tinggi ketumpatannya kerana yang bergred rendah tidak
mempunyai cengkaman yang baik.
6) MUTU
• Jangan sesekali terpengaruh dengan harga kerana sofa yang mahal belum tentu baik
mutunya.
• Bagi sofa yang rangkanya mudah dilihat,pastikan tidak ada bonggol rekahan mahupun
retakan pada rangka kayunya.Periksa juga sambungan rangkanya sama ada kukuh atau sebaliknya.
• Teliti bahagian bawah sofa untuk melihat sama ada buatannya kemas atau tidak.
• Sentuk pelapiknya. Ini antara cara terbaik menguji mutu sofa kerana sukar bagi anda
hendak meneliti spring dan rangka yang dilitupi oleh fabrik sofa.
• Duduk dan lihat sama ada tempat duduk segera kembali kepada bentuk asal selepas
anda bangun.Jika tempat duduk sofa melendut bermakna ia mudah rosak.
• Sarung fabrik jenis boleh tanggal sepatutnya mempunyai Tahitian kelim yang kemas
supaya ia tidak mudah koyak ketika anda membasuhnya.
7) SARUNG
• Untuk kegunaan harian,pilih fabrik bercorak kerana ia tidak mudah menonjolkan kesan
kotoran atau habuk.Seeloknya beli sofa yang mempunyai kemasan penyudah bahan
kalis kotoran.
• Penggunaan sofa fabrik yang mempunyai sarung kekal tidak digalakkan kerana jika
fabrik kotor atau rosak, ia tidak mudah diganti.
• Sofa berbundar di bahagian bucunya tahan lebih lama daripada sofa berbucu tajam.
• Pilih corak fabrik yang sesuai supaya suasana kediaman tidak nampak terlalu sempit.
Fabrik bercorak besar membuatkan ruang nampak sempit manakala corak kecil jika
digunakan di ruang yang luas akan membuatkan sofa nampak kecil dan janggal.
• Jika anda kurang berminat dengan sofa fabrik,pilihlah sofa kulit.Ia menampilkan bentuk
menarik,tahan lasak malah penjagaannya jiga tidak cerewet.Namun harganya lebih
mahal dan panas jika ruang tidak mempunyai alat pendingin hawa.