Bahan alami seperti kayu masih tetap segar penggunaanya hingga kini.Perabot kayu bukan sahaja tahan lama malah tahan lebih lasak serta mampu member impak yang eksklusif dan elegan pada ruang.
JENIS-JENIS KAYU
1. Kayu Jati – Jati merupakan jenis katu yang berkualiti prima.Jenis kayu ini banyak
diminati kerana memiliki tekstur dan serat yang khas.Bentuk uratnya tegas dan lebarlebar.Warnanya
coklat tua,tetapi pada jati muda warna coklatnya lebih pucat.Oleh
sebab penampilan yang khas perabot daripada material jati biasanya bergaya
etnik,klasik,dan mewah.Selain penampilannya menarik,kayu jati juga memiliki daya
tahan lebih kuat dibandingkan jenis kayu lainnya.Akan tetapi lebih berat.
2. Kayu Lapis (plywood) –Kayu lapis merupakan kayu olahan yang biasa kita kenal dengan
sebutan tripleks atau mutiplek.Kayu lapis dibentuk dari beberapa lembaran
kayu.Ketebalannya bervariasi bermula daripada 3mm,4mm,9mm dan 18mm dan
keluasannya 244x 122cm. Ketebalan plywood menentukan kekuatan dan
kestabilannya.Jenis kayu ini paling banyak dipakai sebagai material pembuatan kabinet
dapur,almari,meja,dan tempat tidur.Oleh kerana plywood mempunyai permukaan polos
dan tidak memiliki serat yang khas maka ada sesetengahnya perlu diberi pelapis
tambahan seperti venner (irisan kayu tipis) PVC ataupun melamin.Harga kayu lapis lebih
murah daripada kayu solid tetapi lebih mahal daripada kayu olahan lainnya.
3. Blockboard – Blockboard merupakan potongan kayu kotak kecil-kecil(sekitar2.5-5cm) di tekan dengan mesin dan tepi dilapis veneer sampailah menjadi sebuah lembaran merupai sekeping papan. Ketebalannya adalah antara 12mm,15mm,
dan 18mm dan keluasannya sama dengan multiplek.Blockboard biasanya dibuat dari
kayu lunak sehingga tidak sekuat plywood.Harganya juga lebih rendah daripada
plywood.Jenis blockboard yang banyak tersedia adalah reakblok (memakai lapisan
venner kayu jati).Sesuai untuk membuat rak dan kabinet dapur.
4. Kayu cengal – Kayu keras yang tahan lama ini mempunyai ketumpatan antara 915
sampai 980 kg/m padu.Selain perabot,kebiasaannya kayu cengal digunakan dalam kerja “heavy industry ” terutama pembinaan kapal ,tiang,serta jambatan
tanpa perlu diawet kerana ia tahan daripada serangan anai-anai.Ketahanannya boleh
diwarisi turun temurun.Atas factor tersebut perabot cengal mencapai harga yang tinggi
di pasaran berbanding dengan perabot kayu jenis lain.
MEMILIH PERABOT KAYU!
1. Periksa perabot dengan teliti.Pastikan perabot itu dalam keadaan yang baik,baik
perabot baru mahupun terpakai.Periksa perabot itu sama ada terdapat calar mahupun
kesan-kesan kerosaan yang lain.Pastikan anda melihat di kesemua bahagian perabot
tersebut.Periksa juga bahagian lain seperti engsel.
2. Sentuh perabot tersebut.Mungkin Nampak remeh,tapi dengan sentuhan dapat
menentukan kualiti perabot tersebut.Dengan menyentuh,anda boleh mengesan manamana
bahagian yang rosak dan tidak kena.Kebiasaannya,perabot kayu yang berkualiti
adalah berat dan mampat.Pastikan juga laci boleh berfungsi.
3. Pastikan darjah kerataan.Perabot kayu yang rata sangat penting supaya ia boleh
berfungsi,seperti laci dan sebagainya.Perabot yang tidak rata akan menyebabkan pintu
dan laci gagal berfungsi.
4. Pilih ikut kemampuan ,konsep dan cita rasa anda.Meskipun perabot kayu boleh
disesuaikan dengan konsep yang pelbagai,akan tetapi kemasan perabot tersebut
menentukan kesesuaiannya.Misalnya perabot kayu dengan kemasan syelek
berkilat,sesuai digunakan untuk konsep tropika dan rustik.
5. Percaya kepada naluri anda.Jika anda merasa ragu-ragu dengan sesuatu perabot
itu,ikutlah gerak hari anda.Tentunya,terdapat pelbagai lagi perabot yang boleh dipilih
pada masa akan dating.