Merancang Binaan Kabinet Berpulau

kabinet berpulau

Sama ada kecil atau besar, penyediaan kabinet dapur berpulau memerlukan perancangan teliti.Beberapa perkara harus diambil kira ketika hendak membina cabinet baru atau membuat tambahan kepada reka bentuk sedia ada.
Merancang Binaan
Penentuan ukuran dan reka bentuk kabinet berpulau dibuat berdasarkan keluasan dan kesesuaian bentuk ruang dapur.Membina kabinet berpulau yang terlalu besar dan rumit tidak digalakkan kerana ia boleh member masalah pada masa depan.Anda juga harus ingat mengenai kesesakan laluan di ruang dapur dengan adanya unit berpulau. Justeru ruang dapur yang sempit tidak sesuai dilengkapi kabinet berpulau siap dipasang.
Jangan lupa kepentingan fungsinya. Seringkali unit berpulau dijadikan tempat lambaan barangan tidak perlu sehingga meyemakkan ruang dapur .Selain itu,pastikan ada ruang yang cukup untuk membuka pintu dan laci unit berpulau dan kabinet berdekatannya.Sebaiknya sebelum menempatkan perabot,ukur dahulu ruang kosong yang ada supaya laci barangan mudah dibuka dan ditutup.
Berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan ruang dapur berpulau ynag berkesan.
 Guna kabinet berpulau sebagai permukaan kerja tambahan.
 Bagi ruang dapur luas,sediakan sink kedua di unit kabinet berpulau dengan salah satu bahagian tepinya atau di kedua-dua sisinya meyediakan permukaan kerja.
 Lengkapkan ruang dapur berpulau anda dengan kelengkapan seperti ketuhar gelombong mikro dan dapur jika berkemampuan, tetapi pastikan semua kelengkapan itu dirapatkan ke dinding.
 Sediakan juga kaunter tinggi sebagai tempat penyediaan hidangan ringan yang lengkap dengan kerusi bagi kegunaan ahli keluarga dan tetamu.
 Bagi ruang dapur besar, khususnya yang diguna oleh dua orang pada satu masa, kehadiran unit berpulau sebagai tempat kerja kedua adalah penting.
 Manfaatkan bahagian ber pulau sebagai pembahagi antara ruang dapur dengan ruang makan atau sebagainya.
Kebaikan
Jika ruang dapur berkeluasan terhad,pilih unit berpulau jenis mudah alih supaya senang disesuaikan dengan masa dan keperluan penggunaan.Misalnya pada musim perayaan, unit berpulau boleh dipindahkan keluar jika bilangan pengguna dapur ramai.Sebaliknya ia boleh dikekalkan jika memerlukan kawasan permukaan kerja yang luas untuk penyediaan makanan dan kuih-muih.
Bagi ruang dapur yang luas, kabinet berpulau boleh dibahagikan mengikut
kawasan.Misalnya mewujudkannya di dua kawasan berasingan supaya lebih ramai boleh
menggunakannya serentak.
Jika mengemari konsep berwarna-warni,anda boleh gandingkan warna permukaan kerja
dan kemasan kabinet.Unit berpulau sebaiknya diletak berhampiran sudut kerja untuk
keselesaan berada di ruang dapur.
Keluasan dan Keselamatan
Berikut panduan berhubung penyediaan ruang dapur berpulau yang dicadangkan oleh
Persatuan Dapur dan Bilik Mandi Kebangsaan Amerika Syarikat di dalam Kitchen Guidebook.
 Laluan
Bagi ruang dapur untuk kegunaan seorang,jarak ukuran paling minimum yang
dicadangkan bagi laluan antara unit berpulau dengan kabinet unit tepi ialah 1.6
meter.Jika diguna oleh dua orang,jarak yang disarankan ialah 1.22 hingga 1.5 meter
manakala bagi penyediaan laluan yang jarang dilalui,jarak minimumnya ialah 91.44
sentimeter.
 Tempat penyediaan makanan
Tempat penyediaan makanan sebaiknya disediakan berdekatan sink.Ukuran bagi
permukaan kerja tambahan untuk keperluan seorang ialah 91.44 sentimeter manakala
bagi dua orang yang bekerja secara sebelah menyebelah ialah 1.83 meter.
 Ruang duduk
Jika menyediakan tempat duduk di ruang dapur berpulau,ukuran lebar minimum yang
dicadangkan ialah 60.96 sentimeter bagi setiap orang yang duduk di kaunter.Bagi meja
setinggi 76.2 sentimeter,lebar ruang antara lutut seseorang dengan seseorang yang lain
ialah 48.26 sentimeter manakala untuk meja berketinggian 91.44,ruang lapang antara
lutut seseorang dengan yang lain ialah 38.1 sentimeter . Bagi meja berketinggian 1.06
meter pula,ruang lapang antara lutut seseorang dengan yang lain ialah 30.48 sentimeter.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *