BUNGA MATAHARI INDAH & BERSERI

Biji kuaci yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ukuran amat digemari,terutama di kalangan kaum Cina yang menjadikan satu kemestian untuk menyediakannya pada musim perayaan mereka.Bagaimanapun,tidak ramai mengetahui biji kuaci datang daripada pelbagai jenis bunga matahari yang berasal daripada keluarga pokok Asteraceae dan mempunyai 70 spesis pokok semusim serta herbasaka yang berasal dari benua Amerika Selatan dan Utara.
Selain biji benihnya dibuat kuaci,ia juga digunakan sebagai makanan burung (bird seeds) dan minyak masakan.Sebagai pokok hiasan,bunga matahari adalah pokok semusim yang hidup dalam tempoh 14 hingga 18 minggu sahaja.
Ia sesuai ditanam di batas sebagai pokok latar (background),terutama jenis tinggi (giant ), di samping ditanam berkelompok dan digabungkan bersama pokok hiasan lain seperti jenis kenit (dwarf).Pokok bunga matahari jenis saka (perennial sunflower) juga misalnya,boleh ditanam dalam pasu untuk hiasan di anjung atau beranda kerana ia menpunyai pelbagai warna seperti jingga,gangsa dan tembaga.
Selain berbunga lebar,besar dan berwarna terang menyala,pokok bunga matahari dapat member tumpuan istimewa dalam lanskap.

 

JENIS
Beberapa jenis tanaman (garden varieties) sahaja yang sesuai ditanam sebagai pokok pasu atau batas kebanyakan yang ada ialah baka kacukan.Antaranya termasuk :
1. HELIANTBUS ANNUUS – setinggi satu hingga tiga meter.Semusim,Berbunga tunggal 30sentimeter besar dalam tempoh 14 hingga 16 minggu selepas ditanam.Sering diguna sebagai pokok latar kerana ketinggiannya.Bertekstur kasar dan togel (leggy) serta adakalanya terpaksa dipancang.Antara yang digemari ialah Russian giant (satu setengah hingga tiga meter tinggi);Sun spot (satu meter tinggi dan berbunga 25 hingga 30sentimeter besar;Lemon Queen (satu setengah hingga dua meter tinggi dan berbunga kuning-jingga 20 hingga 25 sentimeter lebar.
2. Heliantbus x multiflorus – setinggi satu hingga satu setengah meter.Tegak dan mempunyai silara padat.Berbunga kuning terang sebesar lapan hingga 10 sentimeter lebar.Bertekstur kasar dan sesuai ditanam berkelompok di atas batas bersama pokok hiasan lain atau di pasu.Antara yang digemari ialah Capenoch star (kuning limau setinggi satu setengah hingga dua setengah meter); Morning sun (kuning dan kuning coklat ditengah ,setinggi satu setengah hingga dua meter).
3. Heliantbus x multiflorus – kacukan H.annuus x H decapetalus.

 

PENANAMAN
Pokok bunga matahari ditanam dan dibiak menggunakan biji bernih yang boleh dibeli dalam paket di kedai bunga atau pusat semaian.Untuk menyemai biji benih,sediakan perkara berikut :
1. Rawatan biji benih –dirawat sebelum disemai dengan hanya mendebukan racun kulat seperti thirau dan captan untuk mencegah penyakit lecuh (bacterial wilt) yang boleh menyebabkan kemusnahan banyak anak pokok.
2. Campuran tanah semaian dan tapak semaian – mangandungi bahan dan sukatan dua (2) bahagian tanah peroi, satu (1) bahagian bahan organic dan satu (1) bahagian pasir.Baja asasnya mengandungi baja fosfat dan kapur berjumlah 100 hingga 150 gram setiap campuran.Seeloknya bahan diayak (satu sentimeter) untuk mendapatkan berbutir seragam.
3. Tapak semaian – boleh guna pasu biasa atau kotak plastic dan pastikan ada lubang saliran air dan pengudaraan.
Cara Menyemai
1. Isi selapis batu kelikir atau serpihan pasu di bahagian bawah pasu dan isikan campuran tanah.
2. Padat,ratakan dan siram campuran tanah.
3. Biji benih yang sudah dirawat disemai secara taburata atau saluran dan tutup dengan campuran tanah semaian setebal lebih kurang satu sentimeter.
4. Tutup tapak semaian dengan kertas plastic.Dalam tempoh tujuh hingga 10 hari,biji benih akan cambah dan letak pasu kepada pendedahan cahaya matahari waktu pagi.
5. Apabila anak pokok sudah mengeluarkan tiga-empat belai daun,alih ke dalam pasu atau batas yang disediakan.

 

PENGURUSAN PERSEKITARAN
1. Cahaya – memerlukan cahaya penuh dan tempat terbuka.
2. Suhu – memerlukan suhu 28 hingga 30 darjah selsius ,sesuai ditanam dalam iklim tropika.
3. Kelembapan – memerlukan kelembapan tinggi (25 peratus) dan ditanam berkelompok serta menggunakan sungkupan.
4. Tanah – bertekstur gembur dan peroi; tinggi dalam bahan organik; boleh menyerap air tetapi tidak terlampau basah dan mempunyai pengudaraan serta saliran air yang baik.

 

PEMBAJAAN
Mempunyai akar serabut yang padat dan kerap mengambil zat makanan untuk memperolehi pokok sihat serta segar.Untuk tanaman atas batas, sukatan NPK 15:15:15 yang diambil sebanyak 150 hingga 200 gram bagi setiap semester dan diberi baja sekurang – kurangnya dua hingga tiga minggu,sudah memadai.Untuk tanaman dalam pasu pula,sukatan bajanya ialah 20 hingga 30
gram setiap dua minggu sekali.Kemudian dipupuk dengan bahan organik dua hingga tiga minggu sekali untuk menentukan tekstur tanah selalu gembur dan peroi.

 

PENGURUSAN PEROSAK
Pengurusan perosak perlu dilakukan secara rutin dan berterusan, terutama pada musim hujan.Keadaan lembap dan basah menyebabkan pokok bunga matahari mudah diserang,terutam oleh penyakit kulapuk yang menyerang bunga,daun dan batang.Racun kulat seperti benomyl, thiram, captan dan mareh boleh digunakan.
Ia bebas daripada serangan serangga koya dan terip,tetapi sekali-sekala kutu daun kelihatan menyerang pokok.Untuk mencegahnya, guna racun ulat serangga seperti malathion dan diazinon.

 

PEMBIAKAN
Dibaik menggunakan biji benih yang matang dan masak. Ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disemai dan mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk cambah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *