BERGAYA DENGAN LUKISAN

BERGAYA DENGAN LUKISAN Cara paling mudah dan selamat untuk menghias dinding ialah dengan menggantung lukisan. Dan lukisan yang menarik pasti menggamit tumpuan. Pilih mana-mana bahagian atau sudut dinding yang mahu ditonjolkan dan kemudian gantung gambar pilihan atau mural di situ. Sama ada mahu mengetengahkan lukisan pemandangan yang berciri tradisional ataupun abstrak yang moden atau gabungan… Continue reading BERGAYA DENGAN LUKISAN

Published
Categorized as Umum

SILING LEPA KUMAI

SILING LEPA KUMAI (CANTIK DAN SIHAT) Tidak ramai mengambil berat mengenai penataan siling dengan alasan orang tidak jalan mendongak apakala memasuki rumah. Lagipun, apakah ada siling lepa kumai jenis mesra alam yang boleh diketengahkan sebagai satu kelainan ? Betul, kita tidak jalan mendongak, termasuk sewaktu memasuki rumah. Namun itu bukan bermakna kita tidak boleh menghias… Continue reading SILING LEPA KUMAI

Published
Categorized as Umum

MENGELAK RASA CANGGUNG !

MENGELAK RASA CANGGUNG ! Cara betul menggunakan sudu dan garpu. Sejarah awal revolusi sudu bermula sejak zaman Mesir kuno apabila kebanyakan sudu diperbuat daripada gading gajah batu api (flint) dan papan batu (slate) yang lengkap dihiasi ukiran symbol keagamaan. Masyarakat Yunani dan Roman pula menghasilkan sudu daripada perak dan gangsa. Pada abad ke-15, bahan yang… Continue reading MENGELAK RASA CANGGUNG !

BILIK TIDUR REMAJA (DINAMIK, MENCABAR & BERTENAGA)

BILIK TIDUR REMAJA (DINAMIK, MENCABAR & BERTENAGA) Peringkat remaja adalah tahap yang sungguh mencabar. Ciri individu dan identiti menjadi isu utama. Memberi peluang anak membesar dengan membentuk watak serta peribadi yang baik dan yakin diri adalah penting. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan dan perasaan anak supaya kemajuan mereka tidak terganggu. Komunikasi antara anak dan… Continue reading BILIK TIDUR REMAJA (DINAMIK, MENCABAR & BERTENAGA)

Deco Rumah dalam 8 Langkah

Perlukah mengubah pakar untuk deco rumah kita ? Tidak bolehkah kita melakukannya sendiri? Jawapan kepada kedua duan soalan ialah ya dan ya . Kita perlumengupah pakar kalau kita tidak ada keyakinan untuk menghias sendiri atau tiada ada masa untu mencari kelengkapan dan memikirkan mengenai susun atur,pemilihan warna dan kemasan serta penggunaan pencahayaan dan perhiasan yang… Continue reading Deco Rumah dalam 8 Langkah

CIPTA KELAINAN DENGAN SONGKET WARISAN ZAMAN

CIPTA KELAINAN DENGAN SONGKET WARISAN ZAMAN Bayangkan betapa indahnya sofa dikemaskan dengan songket atau kusyen hiasan bersarung songket ataupun alas meja daripada songket. Setidak-tidak pun sekeping songket berbingkai indah digantung pada dinding membentuk titik tumpuan, pasti menjadi tajuk perbualan. Songket berasal daripada perkataan sungkit, iaitu teknik menyungkit atau menyulam menggunakan benang emas. Pada zaman silam,… Continue reading CIPTA KELAINAN DENGAN SONGKET WARISAN ZAMAN

Published
Categorized as Ruang Tamu

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA TENANG DAN ROMANTIK DI BILIK TIDUR

1) Seelok-eloknya bilik berada pada kedudukan yang jauh daripada kesibukan jalan raya dan kebisingan ruang tamu serta ruang menonton, apatah lagi bau-bauan dari ruang dapur. Jika tidak mampu lari daripada keadaan itu, pasang langsir tebal, dinding kalis bunyi atau hamparan tebal untuk mengurangkan bunyi. 2) Hias bilik mengikut citarasa masing-masing, bukan mengikut gaya jiran atau… Continue reading LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA TENANG DAN ROMANTIK DI BILIK TIDUR

MEMBENTUK BILIK TIDUR BAYI

Sewaktu menghias bilik tidur bayi, anda disarankan supaya berfikir panjang. Tanya diri adakah bilik yang sama akan digunakan dalam tempoh yang lama ataupun akan dikekalkan sebagai bilik tidur bayi. Jika itu adalah anak pertama memang wajar bilik tidur berkenaan dikhususkan untuknya. Tetapi jika bilangan keluarga semakin bertambah, fungsi bilik tidur bayi perlu dinkirkan semula. Mengenai… Continue reading MEMBENTUK BILIK TIDUR BAYI

BERGAYA SEPANJANG MASA

Menghias bilik remaja menyeronokkan kerana aneka unsur hiasan boleh dipilih untuk disesuaikan mengikut gaya yang ingin diterapkan. Anda sebagai ibu bapa hendaklah meletakkan diri di peringkat usia anak untuk memahami kehendak dan kegemaran mereka. Hormati keinginan mereka. Dalam merancang penataan bilik remaja, harus diingat bahawa mereka memerlukan ruang yang lebih banyak untuk keselesaan bergerak. Di… Continue reading BERGAYA SEPANJANG MASA

BILIK TIDUR SELESA DAN SIHAT

PERSEKITARAN Keselesaan hanya wujud jika suhu bilik nyaman. Pencahayaan dan nilai akustik juga perlu selesa. Harus diingat, penyediaan persekitaran yang baik tidak dapat dinilai secara tizikal tetapi dengan adanya ciri yang selesa, ruang kehidupan akan menjadi bertambah baik, sekaligus membuatkan kita berasa lebih tenteram untuk beristirahat. Jika udara nyaman, tiadalah rasa bahang panas dan badan… Continue reading BILIK TIDUR SELESA DAN SIHAT